Sunday, May 24, 2009

Ku Telah Jatuh Cinta

Assalamualaikum dan selamat berkenalan..
Ini adalah post saya yang pertama, dan secara jujurnya, ini adalah pengalaman pertama menulis blog. Haha.. niat untuk menulis blog memang udah lama, cuma disebabkan penyakit malas menaip, jadi niat suci lagi murni itu telah tergendala.
Baiklah, tajuk di atas tu, sebenarnya gimik aje.. Bukan, bukan saya yang telah jatuh cinta, tetapi saya telah jatuh cinta pada course accounting yang akan saya mulakan pada bulan julai ini.. Haha, jatuh cinta pada orang, masih terlalu awal, ditambah pula dengan perangai kanak-kanak Ribena yang masih belum hilang dari diri, jadi rasanya diri saya belum bersedia.. Tetapi, soalan yang satu ini, memang sangat-sangat famous, dan kalau dibuat undian soalan paling famous, soalan inilah yang akan mendapat tempat tertinggi!
"eh, nad! apa citer ko sekarang? dah ada boyfriend ek?"
Soalan itulah yang selalu 'menghentam' saya berkali-kali.. Daripada kawan-kawan hinggalah makcik2 sedara saya..
Wahh.. terasa pulak diri ini sudah dewasa.. haha! Tapi,maaflah, jawapan saya adalah tidak!
Kepada sahabat lamaku , s****l, kau tanyalah soalan yang sama ni berjuta kali, jawapanku tetap sama.. Percayalah! Aku dah tak larat nak jawab soalan kau tu! Kalau aku jawab, bukannya kau percaya pun.. huhu~
Berbicara mengenai CINTA, soalan ini sering ditanya, mungkin kerana masing-masing sudah mula matang, hormon pun dah bertambah, (tak pasti betul atau tidak). Tetapi, seseorang pernah berpesan kepada saya, "curahkan rasa cintamu kepada Allah, kerana hanya Allah yang tidak akan mengecewakanmu". Terima kasih kepada dia! haha..
Kepada n****h, saya doakan awak jumpa cinta sejati dan kuatkan diri..
Wanita, hati ibarat kaca, sekali terhempas, ia akn pecah berderai, tidak mungkin boleh dicantum kembali serpihannya. ( fikir-fikirkanlah!) ^_^
Jodoh pertumuan itu ketentuan Allah, jadi buat masa ini, saya memilih untuk berkawan seramai yang mungkin, kerana saya tetap bahagia dan gembira di samping kawan-kawan tersayang..
Kesimpulannya, secara jujur, saya telah jatuih cinta kepada course accounting! whee~

4 comments:

  1. happy blogging.letak ah cbox cikit untuk mewarnai blog ini.
    haha.

    ReplyDelete
  2. amboi, dah maju dia kan.. hehe, jatuh cinta ngn sape lak tu.. uiah.. awal lagi kot.. haha..

    ReplyDelete
  3. nadhiroh!!! ayat berbunga bunga~ ^^

    ReplyDelete
  4. aduh!!
    haha..
    ishmah:ayat berbunga2 yg dh nk layu kut!hihi..
    amin:belum jatuh cinta lglah..
    jatuh tangga jer yg sudah! haha..

    ReplyDelete